Thursday, July 30, 2009
.:Earth Mama Angel Baby:.
Wednesday, July 29, 2009
.:AMOK:.
Arghhhh!!Saya amat2 tertekan..marah..marah..marah...amok..amok..momok...!!(istighfar..istighfar!)
...awak amat jahat..kenapa awak sakitkan hati saya? Kenapa awak mempermainkan saya? Kenapa awak sanggup hancurkan hati saya..awak tau kan setelah sekian lama saya setia dengan awak..saya teringatkan awak 24 / 7 taw...Awak jahat, wahai cik celcom!..
Saya telah menjadi pengguna yang setia untuk Celcom Broadband..Oleh kerana saya menggunakan prepaid, jadi, acapkali saya akan buat weekly broadband which cost me about RM20 / 7days..Sepanjang 2 bulan saya guna, alhamdulillah tak der masalah..cuma kadang2 network down.."biasalah kak, network down.." bak kata sorang Celcom network support pabila saya report ttg problem broadband saya nie..nada beliau seperti malas...Hebat tak jawapan yang saya terima..
Anyways, back to the story...pada suatu pagi yang hening, saya dengan cerianya on la tenet...baru on 5mins tetiba down..saya pun tgk la error msg yang saya dapat..
"You have insufficient airtime balance.Kindly topup to activate"..wtf??
Apasalah kredit saya tak cukup pulak nie..bila saya check kredit, tgk2 balance saya ada semilan sen adanya..diulangi..semilan sen..Mana kredit aku 14 hengget tadi??(saja ja nak sebut ada banyak kredit..huhuhu)..So, saya dengan kecewanya, call la 1111, and according to the customer service officer, system diaorg down..that's the reason naper benda nie boleh jadi..Then saya tanya, apakah jalan penyelesaiannya..as saya urgently nak guna tenet coz ada gheja (kononnya lah kan)...Kemudian beliau berkata "Apa kata, cik activate another weekly broadband"...wat???
Hello encik customer service, awak ingat saya nie banyak dwet ka? (ayat nie tak la terpancul keluar dari molot saya..saja ja nak eksyen tunjuk berani)..Then saya tanya laggi, bila benda nie akan setle..bila saya akan dapat kredit saya balik.. bila saya akan dapat broadband saya balik..beliau cakap mcm nie "Kami akan siasat..dan jika cik layak, broadband dan kredit cik akan dikembalikkan"....HA?Jika saya layak???????What are you talking???
Cut it short, menurut beliau, masalah saya nie akan dapat disetlekan dalam masa 3-7 hari bekerja..Tapi sekarang dah masuk hampir 10hari..Aci tak saya call dan amok?
.:Durian gajah:.
Agak2 saya demam tak kalau saya hantam telan satu bijik durian nie? Dalam satu bijik ada empat ulas yang gemoq2 mcm nie...Anda rasa2?
.:Sejak kebelakangan ini saya selalu stim:.
Topik mcm tak boley blah kan..hehe
Ya, saya akui, sejak kebelakangan ini, setelah saya habis berpantang, saya selalu stim..Stim yang saya maksudkan adalah steam bath or mandi wap or sauna..hehe..Kebetulan di rumah saya ada 'seketul' sauna bag milik parents saya..lagilah senang untuk saya bermaharajalela untuk berstim..hehe
Nota : Sebelah kanan seperti periuk nasik tu adalah tempat nak boil air untuk disalurkan wap ke dalam beg sauna ini..
Dulu, zaman saya muda remaja lagi bujang tran tang tang, seminggu sekali saya slalu buat sauna di Damai Spa..Tapi spa tu dah tutup..tutup tiba2..saya sunggoh sedey..Anyways, antara banyak2 sauna, itulah tempat yang paling saya suka..buat sauna bukan dalam beg sauna tu. Tapi dalam bilik..bilik tu max boleh masuk is 2 org..pernah sekali aje saya buat dengan rakan saya, cik S..Tapi saya prefer buat sorang2...coz time tu la kita boleh lulur ka apa ka..and yang paling penting is tenagkan fikiran..
Sauna nie bagus untuk badan kita..Ia penting untuk pelancaran darah kita, mencantikkan kulit dan dengar kata, kalau buat sauna, sama mcm kita senaman. Tapi saya tak tahu lah pulak sejauh mana kebenarannya..Lebih2 lagi kalau ibu yang baru bersalin C-Sec (operate)..lagilah bagus..because sedia maklum tak boleh bertungku lagi, berurut pun certain part aje..so cmm mana peredaran darah nak jalan lancar..and confirm badan sakit2 kan...Tapi sebelum buat kena make sure luka operation dah oke la..Kasi can sampai 2 bulan setengah ke or 3 bulan ke..baru lah buat..
Sauna selalu org buat 15mins hingga 30mins. Max is 45mins. jangan lebih dari time tu..if not, lemak akan cair dan bercampur dengan darah dan kemungkinan boleh membawa maut (DANGER!DANGER!).. Sebelum, semasa dan selepas buat sauna diwajibkan minum air. Pasaipa tau...pasainya, semasa proses sauna nie, kita akan kehilangan banyak air..Ini untuk mengelakkan dehidration..Jangan cuba2 tak minum ayaq no..satgi pengsan sapa mau tulong? Satu g, sauna tak boleh buat tetiap hari..seminggu sekali sudah memadai..Info nie suma saya pelajari semasa saya bekerja di Damai Spa tu lah..Mcm heaven aja time keja kat ctu..Tapis ayang sangat sb dah tutup..mana nak jumpa sauna sebilik2 mcm tu kat kawasan saya nie..kalau ada sila inform kat saya cepat2 ya!
Peringatan : Pada yang kali pertama untuk membuat sauna or yang dah lama tak buat sauna, kemungkinan anda akan demam. Tapi jika makin kerap badan dah boleh adapt. It's normal kalau kita demam. Sebab tu nak kena minum banyak ayaq, oke..
.:Pump..Pump...Pump...:.
My Second pump
Some say, maybe i wrongly use the pump..So, Saya bertanya dan membaca sana dan sini .. banyak jugak la feedback / info yang saya dapat..But there is one breast pump that really caught my eyes..And it was .....
MEDELA Mini Electric Pump..
Tadaaa...
Medela Mini Electric breast pump
My Love...
Note : Actually, it comes together with 1 bottle..I've added another extra 3 bottles for me to store the EBM .So far, saya amat amat amat berpuas hati dengan pump Medela..Selain saya boleh express, ia juga membantu untuk body produce more BM disebabkan gaya sedutan sama mcm baby sedut..So far, I did enjoy everytime using this breast pump..Tak saket, tak tertekan, amat smooth gitu..Understand what i'm trying to say?Oleh yang demikian, 'kilang susu' akan 'berjalan' seperti biasa. You see, jika sang ibu tak bagi baby breastfeed or tak pump, sedikit semi sedikit body akan stop produce susu(this was the reason why my EBM kering last 2 weeks and I have to make sure to follow the pump schedule without fail >> Sila baca dengan satu nafas.tq..) I am recomending this breast pump to all mummies!
Note : Do you know, Medela breast pump is the no.1 choice and has been used in Hospitals across the UK and recommended by lactation consultants and midwives all over the world. CREDITS for MEDELA!
-EBM-express breast milk, BM - breast milk-
Tuesday, July 28, 2009
.:Thumbs up for AG2000's product:.
Nota : Pic tak jelas sangat..almaklumlah..ambil gambar guna hp..heheh
Facial Cleansing Foam
- After Cuci muka guna cleanser nie, muka terasa amat lembut dan bersih..Guna sikit aje dah cukup..Bau pun best..
Vita Skin Complex
-Yang nie saya kena pakai time malam
Penerangan product seperti di bawah
A revolutionary formula that gives natural glow to your skin. Specially formulated for restoring skin's elasticity and for better complexion. Containing a unique blend of vitamin A complex for removing or reducing dead cells, fine lines and wrinkles on skin surface, while triggering the formation of a more firm, softer and radiant skin.
Moisturizing and Firming Serum
- Yang nie pulak nak kena pakai time siang.Penerangan adalah seperti di bawah.
Contains biotechnological ingredients that promotes firming effects & effectively moisturize your skin to prevent dryness & premature wrinkles. The marine extract, soluble collagen, plant serum & epidermal growth factor help to firm & regenerate your skin naturally. it also contains an optimal amount of hyaluronic acid & aloe Vera to restore your skin normal moisture. Direction for use: Apply liberally over face and neck at least half an hour before bedtime, or when necessary
Total harga barang2 yang saya beli nie was almost rm200..But IT's WORTH IT! At last, saya jumpe jugak product yang seriously amat2lah sesuai dengan kulit saya.
Kalau dulu muka saya berparut, berminyak, berjerawat...Sekarang tidak lagi...jerawat dah tak der, parut lama dah tak der, liang roma makin mengecil, muka licin dan yang pastinya, saya dah berani keluar rumah tanpa pakai makeup hatta bedak sekali pun...Saya tak sangka dengan penggunaan tak sampai 2 bulan dah nampak hasil yang mendadak..Ramai gak yang tegur kulit saya makin cantik ..kononnya lah..tq2..bagus2 Alhamdulillah
Nota : Product nie boleh bertahan lebih kurang 5-6bulan..Itu pun kalau berjimat la..
Apa2pun, saya telah jatuh chenta dengan product AG2000!
.:Online Shoping:.
Baru2 nie saya telah berkecimpung dalam dunia online shoping. Ralit tetiap hari dok surf tenet and pening pala dok fikir, apalah barang yang saya nak beli nie (saja suka nak habis / bazirkan duit)..huuhu..
So, kebetulan baby oil untuk massage baby saya dah habis. Oleh yang demikian, saya tanpa berlengah lagi surf la tenet untuk beli produk yang bernama Tropical Herbs. Dengar kata dari sepupu saya, tak boleh beli baby oil tu semata2 because the baby oil comes with a set..Saya sedikit tak puas hati la..Jadi saya surf..surf..surf..tgk2 ada lar...boleh aje beli baby oil tu jer..Harganya rm22.5.
My opinion la ttg baby oil nie..SO far, anak saya belum lagi ada masalah colic. Minyak nie mmg bagus..and saya dah dapat banyak feedback pun..Hari tu masa minyak tu habis, saya try la guna minyak len..Tapi feel nya tak sama la..
Jadi, baby oil nie la merupakan barang pertama yang aku beli online. Time dok tunggu postmen mai tu, punya lah excited. huahuahua
2nd Item
So, sedia maklum lah, bila dah beli sekali, nak lagi kan..So, my 2nd item was Milk Maid Tea. Tapi saya beli trial pack aje which cost rm11 for 4 tea pack only. So this is the tea yang saya kata2kan tu..untuk meningkatkan penghasilan susu..Believe it or not, semalam saya minum, about 3am, my breast dah engorged. Magic kan? I'm thinking of buying the full set la..weehooo!
I recomend this product to all mums out there!
Monday, July 27, 2009
.:Bawak Mulut:.
Makcik A : Tau tak tentang jiran awak?
Si B : Kenapa?
Makcik A : Isteri dia dah lari..tau tak?
Si B : Eh..tak tau lah pulak..
Makcik A : Nie semua sb burung..isteri dia tak suka suami dia bela burung..Isteri dia cakap kalau buang burung baru dia nak balik
Si B : La...ya ka? Takkan sb burung aje..mungkin sb benda lain jugak kot..biasalah,rumahtangga
Makcik A : Tu la..Nak tergelak, sb depa p jumpa tok imam. Isteri dia cakap sb burung aje.Lawak kan
Dialog 2
Makcik A : Sebelah rumah makcik, si S tu, suka gelak kuat. Kita nie org perempuan, suara kena pelan. Gelak la patut2.Nie tak, dia suka mengilai
Si B : Eh ya ka? Saya tak perasan lah pulak
Dialog 3
Makcik A : Kak X tu kan, perangai dia pelik sikit..ha..tu2..suara dia (sambil muncung2 mulut)
Si B : hehhe
Makcik A : Jaga2 sikit dengan kak X tu, jangan cerita apa2 kat dia, dia bawak mulut.
Si B : Tu la pasal saya suka duduk dalam rumah aje..Biasa lah, bila kita dok ramai2 kadang2 ter mengata yang itu..ter mengata yang ini..duduk dalam rumah lagi selamat..
Makcik A : tu la..mcm makcik nie..kalau tadak keja, duudk dalam rumah aje..tak suka lah makcik nak dok lepak2 sembang2..satgi kita termengata
Si B : Betul tu..betul..
Makcik A : Tengok mcm sebelah rumah makcik tu, dia suka berkumpul ngan geng2 dia..biasa la..dok mengata2 la tu..bila makcik mai diaorg senyap..tukar topik..segan dengan makcik lah tu
Si B : hehehhe
Makcik A : Si kak X tu kan, kalau dengan org perempuan bukan nak sembang mesra sangat. Kalau dengan lelaki..mesra bukan main..Mcm dengan makcik nie..dia sombong tau..tapi klau dengan suami makcik, tegur aje
Si B : owh ye ke?
Makcik A : Pastu, pakai baju pun ketat2..seluar pun ketat2..pastu dok melepak kat depan rumah..malu lah sikit..dia tu dah berumur..dah jadi mak org..tak manis org tengok..
Si B : hehehe
Makcik A : Kita nie, sebagai org perempuan dan sebagai org islam, kena jaga pemakaian kita
Ok..kesimpulan dari cerita yang di atas adalah seperti di bawah
- Makcik A merupakan seorg mak bidan yang saya bayar untuk mengurut saya. kalau beliau tak datang rumah saya, saya tak mungkin tau gosip2 panas org sekeliling saya. Jadi, saya tak suka sbb telinga saya berkongsi dosa mengata beliau.Kalau fitnah, habis lah saya
- Makcik A komplen ttg pemakaian kak X, tapi selalu aje saya nampak makcik A bila di belakang rumah dia, dia keluar berkemban aje..tak tutup aurat..padahal rumah beliau kat belakang rumah saya aje. Dan bilik abah saya kat belakang. jadi, kalau abah saya terpandang tak ker kurang manis? Satu lagi, tak ker keadaan pemakaian beliau lagi teruk dari kak X tu?Allah dah berfirman, jika kamu mendedahkan aib org, benda tu akan patah balik kat kita berganda2 lagi.Nie lah contoh yang terbaik..
- Makcik A komplen, org sebelah rumah dia gelak mengilai dan kuat serta komen sebagai seorg perempuan suara kena pelan..Padahal, selalu saja saya dengar suara anak beliau sungguh kuat bila bersembang..seakan2 menjerit..so, apa ke hal nye nak komen ttg org kan?hmm
- Makcik A menceritakan ttg jiran sebelah kanan saya yang mengalami masalah rumah tangga. Tak ker bawak mulut tu?Kalau dia tak cerita, saya takkan tau kan..dan saya pun sebenarnya tak berminat nak amik tau..Tak ker dia sekali lagi mengaibkan org kan?bukak pekung org kan..
Satu lagi, dia juga ada komen, org kat sebelah rumah dia tu, suka berkumpul dan mengata.Pastu bila dia datang aje, diaorg suma senyap.. Cit chat beliau dengan saya nie bukan ke mengata org? dan juga, entahnya mereka2 tu senyap sbb dah tau mulut makcik A nie mcm mana?hati org nie kita tak boleh jangka kan.
Setelah mengamati kejadian2 nie, saya ada sedikit perasaan kurang best dengan beliau. You see, beliau adalah seorg ustazah di sekolah agama..suppose she knows better,ait?and supposingly, as an ustazah, she suppose shows a good example.Especially to me yang baru aje menetap di kawasan perumahan nie. Bayangkan, saya yang dia tak kenal sangat pun dia boleh cerita itu ini, yang dia kenal rapat mcm mana? If kamu semua nak tau, org sebelah rumah dia yang suka gelak mengilai tu, rapat tau dengan dia.Kalau org tu tau mesti dia kecewa.
Nota : Jaga mulut kita...Jangan mengaibkan org, Allah akan aib kan kita berganda2..Kurangkan bercakap supaya kurang buat dosa..Kerana mulut badan binasa
Nota lagi : Jika kita berdepan dengan org yang mcm nie, kita patut kasihan dengan dia sb dia tak sedar apa yang dia lakukan..dan kita jadikan teladan supaya kita tak jadi mcm tu..You see, setiap benda baik dan buruk yang kita saksikan, itu semua Allah nak kita pelajari..Buang yang keruh ambil yang jernih. Guna akal fikiran untuk timbal balik baik buruk..Dan yang pastinya, jangan lupa berdoa agar kita tak terlepas cakap dan harap Allah sedarkan org2 mcm nie dan ampun kan mereka..
Sekarang saya sedikit konpius, apa yang saya tulis nie consider mengata jugak ke eh?
Sekian
.:Susu ..oh...susu:.
Note : Allah duga yang ini, tapi bagi rezeki yang di sana..Allah itu adilkan..
Nota : Setakat pukul 9am, sudah ada sebanyak ini..
Oleh kerana saya kesian kerana parents saya terpaksa menanggung expenses saya every month yakni kereta dan lain2, jadi saya cuba lah nak wat biz...biz jual baju on9..ada satu hari nie, saya begitu asyik dok snap pic dan prepare blog shoping saya nie sehinggakan mengabaikan time saya pump susu.. Nak dijadikan cerita, esok tu, susu kering terus (diulangi...kering terus!)...saya pump..pump..pump...nak dapat 2oz sampaikan berjam2..padahal sebelum nie dalam 1/2 jam, saya leh dapat 2 botoi yakni 10-12oz..
Saya amat2 sedih, kecewa, buntu, stress (tunggu nak meroyan aje nie)...Saya terasa, sebagai seorg ibu sepenuh masa, saya gagal...saya takdak duit hatta harta untuk anak saya...hanya susu aje la yang saya boleh bagi..itu pun tak boley??amat2 kecewa..anda paham tak perasaan saya bagaimana..mak saya sedar dengan keadaan saya yang tertekan tu..mak saya ada cakap "dah la..nak buat mcm mana..u can't expect susu nak berderet"..pas dengaq tu..lantas saya membawa diri masuk dalam bilek dan menangeh..uwaaaaa...cuba bayangkan...semalam susu berderet (harap maklum...12botoi ya)..and hari nie terus tadak...saya amat kecewa!
Bila saya pikir2 balik, seminggu saya kurang minum air dan tak minum susu anmum langsung..itu salah satu reason jugak tu..lantas, saya pun minum lah air 3-4jug dan juga minum susu anmum 3-4gelas...mengharapkan keesokan pagi breast saya akan engorge la..tapi hampa, esok pagi masih sama..saya amat2 sedey..
Lantas, tanpa membuang masa, saya terus surf tenet, tanya sana sini mcm mana nak banyakkan susu ibu..banyak la feedback yang saya dapat. Sila rujuk di bawah
- Makan kucai
- minum susu anmum dan minum banyak air
- Makan lobak putih
- Jangan stress and be positive..kena betul2 psiko otak yang nak susukan baby
- Pump sekerap yang boleh supaya 'kilang susu' berjalan balik / produce susu semula
- Pump midnite sbb time tu hormon ( apa entah )tinggi dan boleh membantu pengeluaran susu
- Minum Herba Milktea --> this is new one..fyi, saya dah beli product nie on9
- Minum air rendaman halba
- Yang paling utama, berdoa dan meminta kepada Allah..Hanya dia yang boleh tolong untuk susu banyak
Hasilnya..
Setelah lebih kurang seminggu saya berhempas pulas ..ermm..pump saya berhempas pulas, semakin hari semakin banyak susu..mula2 boleh dapat 3oz sekali pump..kemudia boleh dapat 5oz..dan kemudian boleh rasa breast engorge..and today, saya baru dapat parcel herbal milktea and saya baru start minum hari ni..nanti saya update apa outcome nya .
Note : Sepanjang seminggu ni, walaupun abah saya dah beli susu tin untuk standby kot2 susu masih takder, tapi saya tak putus asa..saya pastikan ada jugak susu..setiap sejam saya akan pump susu..sikit pun sikit la..sakit breast pun sakit la..janji anak saya dapat susu saya..niat saya is, kalau anak saya bulat, dia bulat sbb susu saya..kalau anak saya cerdik, beliau cerdik sbb susu saya..
Note lagi : Saya syaki, salah satu sb lagi kenapa susu saya kering adalah, mungkin sebelum nie, saya ada sikit perasaan bangga bila bercerita kepada kawan2 atau ahli keluarga tentang anak saya dapat 100% susu saya dan susu saya banyak sehinggakan saya terpaksa melabel setiap botol susu supaya saya tau yang mana susu yang tak elok dah(susu yang terlebih tempoh 48jam)..This is a warning from Allah..In the future, saya kena lebih berhati2..kerana mulut badan binasa (leh guna ke istilah ni untuk kejadian yang menimpa saya nie?).
Sunday, July 26, 2009
.:Masih ada ruang:.
Setiap manusia, when it comes to one stage, automatically kita akan berubah menjadi better than yesterday. Dalam erti kata lain, kita akan menghampiri segala amalan baek ke arah akhirat. Well, setiap manusia tak pernah lari dari buat dosa. Jadi, manusia yang telah bertaubat dan berubah, hendaklah mendekati sahabat / org yang tak membawanya patah balik tingkah laku gelap yang terdahulu atau dengan erti kata lain, pada kehancuran..
You see, bila people made mistakes, diaorg pulau / tamau kawan...Well, maybe because of terlalu kecewa dengan tingkah laku sang pesalah nie.. Tapi saya amat pelik dengan sekelompok manusia nie..bila sang pesalah nie dah berubah, diaorg bertambah2 pulau lagi..Siap ajak geng lain join untuk pulau sang pesalah yang dah insap nie..
Kita nie makhluk Allah yang hina. Setiap apa yang telah terjadi dah tersusun dan teratur dalam kitab-Nya..Jika Allah tak izinkan untuk beliau berubah, takkan berubah lah dia..Begitulah sebaliknya..Jika org sekeliling amat marahkan dengan tindakan beliau dan dengan cara memulau adalah jalan penyelesaian bila beliau dah insaf, ini seperti marahkan tuhan juga. Some sort tak boleh terima kenyataan dan reject terus dengan apa yang Allah dah tentukan..
Ingatlah wahai sahabat..perkara itu mungkin boleh terjadi kepada kita juga..Kita sepatutnya simpati kepada sang pesalah kerana telah 'dipilih' oleh Allah untuk menjadi contoh yang tak baik. Mungkin kita next? Who knows? Jangan lah mendabik dada / yakin bahawa perkara yang sama tak akan terjadi kepada diri kita..Sepatutnya kita kena berdoa agar dia diberi Nur dan berubah secepat mungkin supaya tak ramai lagi org sekeliling yang hurt dengan tindakan beliau..Next is berdoa agar Allah memilih kita untuk menjadi contoh yang baik kepada org sekeliling..Do you realise, dengan tindakan negative anda ini, telah menjadikan anda lebih teruk dari sang pesalah tersebut?
Siapalah kita untuk menghukum org. Kuasa hukum menghukum nie hanya untuk Allah aje..Tanamkan dalam hati..mungkin benda ini akan terjadi kepada kita sendiri..Waspadalah..What goes around comes around...
Dengan memulau a.k.a boikot dia dan juga org2 yang bersama dengan si dia bukanlah satu tindakan yang bijak..Mungkinkah org sekeliling ketawakan tindakan anda yang anda sangkakan mendapat sokongan mereka?Hanya Allah yang lebih mengetahui..
Nota kepada bekas pesalah yang dah insap :
Hei awak..bersyukurlah kerana Allah sudah memberi Nur dan Hidayah..Bersyukurlah kerana anda tak sesat terlalu jauh..Bersyukurlah kerana masih ada lagi insan yang sudi menerima anda...Awak kena maintain kelakuan awak dan mendekatkan diri kepada Allah..Jangan putus berdoa kepada Allah supaya tetapkan iman dan pelihara awak dari benda yang bukan2..Jangan sesekali patah balik untuk buat apa saja yang negative / dilarang Allah yang pernah awak buat pada masa lalu. Jika anda masih buat, berhentilah kerana ia amat merugikan..Serupa mcm awak masih begitu..Buat kebaikan kepada semua org..Extra nice to those yang awak pernah lukakan hati mereka..Be positive always..Jaga pertuturan..Senyap lebih baik dari banyak cakap..kemungkinan untuk tersalah cakap is very high tau...Buang yang keruh ambil yang jernih...dekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berzikit agar Syaitan tak menjadikan anda sebagai 'senjatanya'..
Jika awak berubah menjadi terbaik, Allah akan mendatangkan sahabat2 yang baik yang akan membimbing anda ke arah kebaikan..begitu jua lah sebaliknya..
TAUBAT...TAUBAT..TAUBAT NASUHA...
Harap awak berubah kearah kebaikan dan bahagia bersama keluarga dunia dan akhirat.Amin
Saturday, July 25, 2009
.:Sahabat atau Kawan?:.
"Kita di wajibkan untuk tidak bersahabat / tidak bercampur dengan org2 yang boleh merosakkan kita" . Ini di petik dari surah al-baqarah. Note : But this is not the exact wordings from the quran.
Tapi senario sekarang nie lain skit. Lagi mengarut org tu lagilah kita suka nak dekat dengan org2 yang mcm tu. Kadang2 tu mereka siap bangga/ bongkak berada dalam kumpulan / puak mereka. Memanglah seronok hang out dengan mereka2 nie..tapi, kalau everyday asek2 pot pet ttg org...best ke? Cuba letakkan diri anda di tempat org yang kena pot pet dengan anda tu? saket hati taks?
.:Blog itu terapi:.
.:Hari itu dalam Sejarah Part II:.
Tanpa berlengah, doc ermm..ke jururawat eh..saya pun tatau. hantam saja lah...dia suntik epidural kat tulang belakang saya..jarum punya lah besaq...sakit nya..mak aii..Allah aje yang tau..Tapi kejap aje...dalam tak sampai seminit, semua sakit ilang terus..sakit contraction ke apa ke suma ilang...
Sebelum saya dipotong, sempat lagi saya cuba try test kaki saya masih boleh bergerak ke..Ye! saya masih boleh kodek2 kaki saya.. Maksudnya ubat bius belum 100% jalan lah...Owh NO..no..NOOoOoo..Tapi tanpa berlengah doc terus potong saya. Tapi saya masih lagi boleh kodek2 kaki..Ehehe...Masa doc potong, saya mmg boleh rasa...org toreh perut, koyak2 perut untuk bagi laluan besar sket..tergoyang2 badan saya..tak sakit tapi seriau la...Gila sejuk bilik tu..saya sampaikan terketar2...mulut shiver sampai tak boleh bertutur dengan betul..badan pun shiver gila..nurse letak udara panas kat saya pun masih sama..Time tu saya terpikir jugak, aku nie nak kena sawan dah ke..sbb, ibu mengandung, kalau berat badan naik melampau sangat, kemungkinan untuk sawan masa bersalin mmg amat tinggi. Dan kemungkinan boleh menyebabkan maut either mum or the baby. Time tu tak habis2 saya berdoa, supaya Allah selamatkan anak saya.. Saya banyak jugak dengar cerita, di saat akhir bayi lemas..Time tu tuhan saja yang tau betapa gabra dan takut dan risau kan condition anak saya.
Tetiba dalam 5 minit doc dok 'perosah' perut saya, Pada jam 8:28pm tetiba..... "UWEEEkKkkKkKkkkkkkKkkkkkk!". Alhamdulillah! Tapi kejap aje beliau uwekkkk..Sementara nurse cuci anak saya, sempat la doc dan saya berborak..
Conversationnya adalah seperti di bawah : -
Doctor : pernah buat scan tak sebelum nie?
Saya : Pernah...( Aku jawab dengan blur2...Time tu aku pikir, awat pulak dahhh...)
Doctor : Then doc cakap baby ape?..
Saya : baby gurl"..time saya jawab tu say aterpikir...sudahhh...kuar baby boi ke..sumar barang baby pink2 belaka!
Doctor : Tak per..jap lagi nurse datang bawak baby..
Then pas 5-10mins mcm tu, nurse bawak baby saya. Time tu Allah saja yang tau perasaan saya.. Amatlah teruja dan tak percaya..tu ke anak aku!. Time tu anak saya bukak mata luas..hitam aje mata dia..putih berseri aje kulit dia(PERHATIAN! Kulit saya hitam manis. Tapi time tu kulit saya berubah menjadi hitam ketak adanya..Pembawakkan budak lah katakan).
Dia tak menangis langsung..kening di kerutkan seperti nak cakap, eh...mana satu ibu aku nie..hehe.. Berat beliau tika tu 2.7kg aje..tak berat tak ringan..just nice kan baby ibu nie...Then lepas bonding process tu, terus nurse bawak anak saya keluar untuk di azankan abah..tenkiu abah!
Then saya hanya di release pukul 10:30pm disebabkan doc nak pantau dan pastikan keadaan saya stabil.
Apa2pun, saya dan anak saya selamat..Saya amat bersyukur..Allah mendengar dan perkenankan doa saya..Allah memilih saya untuk menjaga amanah-Nya..Alhamdulillah..
.:Hari itu dalam Sejarah:.
Saat2 saya sarat, badan saya mengembang mcm badak..Pembawakan budak saya pulak , kulit saya menjadi amat hitam dan tak cantik(cantik ke saya sebelum nie?- kes syiok sendiri lagi!), kaki saya membengkak a.k.a bengkak air mcm penyakit untut serta hidung saya turut mengembang serta membulat..(luckly takder strech mark..alhamdulillah). Everyday saya pujuk anak saya suruh cepat2 keluar.. Saya rindu nak tido terlentang, saya rindu nak bertimpuh (bersila kotttt) atas lantai, saya rindu nak lompat bintang (ke gedik2), saya rindu nak catwalk lagi (time tu bukan cat walk tapi kangkang walk), saya rindu nak pakai suar size 26 - 27 lagi..dan macam2 lagi lah..
Tika tu saya 39 minggu, tetiba time lepas solat subuh (kena solat atas kerusi mengenangkan kaki bengkak dan gemuks sangat) , turun tanda yakni darah..tak banyak pon..sikit aje..time tu saya terasa nak terlompat2 bintang dah..excited nak p spital (kan dah kata..saya sememangnya gediks a.k.a galak ulu). Pukul 8:30 am, saya dan abah dah sampai kat lobi dewan bersalin. Sambil tersenyum mcm kerang busuk, saya check in and nurse and doc yang ada kat ctu buat pemeriksaan (dalam erti kata lain seluk bawah - ngeri!) nak pastikan betul ke dah ada 'show'. Jalan baru bukak 1.5cm. CONFIRM kena bersalin hari tu. yeeha!
Time tu, takde langsung rasa panic...excited gila..happen to be hari tu yakni 15 April, ramai la pulak org bersalin. Sampaikan saya kena lepak kat sofa dalam wad bersalin sementara nak tunggu mana2 ibu bersalin checkout. Tapi saya tak kesah. Janji saya bersalin hari tu.
Time tunggu tuh, dalam pukul 10:30am, saya dah mula dah rasa contraction. Tapi masih boleh senyum lagi. Erm..rasa contraction mcm mana? Rasa mcm senggugut dari perut turun ke bawah..tatau la nak explain mcm mana!Arghhh..tertekan! (psiko tetiba pulak).
Time tu jugak, punya lah lapaq. Tak sempat nak breakfast. So, abah tiba dalam pukul 12:30pm(time melawat) bawak makanan. Dari jauh boleh nampak abah bawak seplastik makanan. Terharu time tu sbb abah betul2 cocentrate kat saya. Dapat aje makanan, terus makan(melahap a.k.a mentekedarah) tak toleh kiri kanan. Lauk is, ikan masak kicap berlada hitam..nyumm2
Lepas makan aja, nurse panggil coz nak check. Tup2 jalan dah bukak 4cm dah!Cepatkan (alhamdulillah). Terus depa cakap kena masuk dewan bersalin dah. Time nie tak ketaq lagi..siap call sana sini dengan nada excited inform yang dah nak masuk dewan bersalin...ermm.tak lupa jugak mintak ampun sana sini kot2 itulah hari terakhir untuk saya...
Time kena tolak naik kerusi roda, time tu tetiba aje ketaq..jadi seram sejuk..tak tentu arah(tau pun takowt, tadi eksyen sangat). Bila dah sampai kat bilik bersalin, ammah masih lagi dok cuci bilik tu. Sempat lagi saya mengintai..nampak tisu yang berdarah2...aramak! ngeri2!
Time nak pecahkan air ketuban tu pulak, adalah doc2 praktikal, believe it or not, 2 lelaki and sorang perempuan. And yang pecah kan air ketuban saya is doc lelaki tu..dan dua yang lain, mata bulat aje dok tgk rakan diaorg dok pecahkan air ketuban. Malu woOOoOooOo! Dah pecah air tu, rasa panas aje air tu..mesti heat badan baby. Time tu rasa mcm nak marah doc tu, baby saya nak bernafas mcm mana kalau air dah tadak..heheh..
Selang sejam, sakit makin kuat..tapi masih maintain senyum bila nurse datang check...masuk lagi sejam, amat2 lah tak boleh tahan.. Segala doa and zikir yang abah ajar pagi tadi dah lupa dah. Time tu dalam pukul 7:00pm. Sampaikan ada bidan yang datang cakap "Dik dah sakit kuat dah nie..kena sabar, sakit nak bersalin mmg dasyat..banyak2 berdoa kat Allah..sabar..be strong..kena tahan"..sambil tu dia usap perut saya dan sambil baca doa dan tiup. Oleh kerana diaorg tgk keadaan saya teruk sangat, diaorg bagi saya sedut wap apa tatau, sampaikan setiap kali saya sedut, saya akan high..tapi bila contraction sakit ugek! Tapi dalam tak tahan sakit tu, percayalah..saya tak jerit pun..mengerang pun bisik2 aje sbb mak saya dah pesan..jangan dok jerit2 mcm org gila..malu kat org..huhuhu
Time tu ramai sunggoh nurse2..termasuklah nurse pelatih..semua dok kerumun...tup2 ketua bidan tu cakap "nak buat mcm mana..kita dah cuba..."..Ya Allah..time tu, Allah saja yang tahu perasaan saya..saya terpikir..apa yang dah jadi ngan anak saya...!! Rupa2nya, carta jantung anak saya dah makin lemah..anak saya stress sbb long labour...dan saya tak boleh nak bersalin normal as diaorg nak kena selamatkan baby saya..jadi, dengan high / lali saya kena sign beberapa paperwork..
Then, diaorg surung saya and tunggu di meja daftar dewan bersalin untuk ambil more paperworks..Time tu abah ada kat dalam..mak pegi solat maghrib..abah dengan wajah sayu dan meleleh air mata, tanyakan keadaan saya..sakit ke..ok ke..and saya ingat lagi, abah tanya "kenapa nangis?". Padahal time tu beliau pun tengah menangis...saya sayang awak, abah...dan mak jugak...No one can compare both of you..
To be continued...
.:Doa:.
Well, seperti yang kita sedia maklum, setiap doa kita Allah mmg mendengar(as- Sami'). Kadang2 dikabulkan dan kadang2 tidak.
Jika dikabulkan, cepat2 kita kena bersyukur..bukan bangga dan riak mendabik dada. Biasalah, kita semua manusia bukan lah malaikat. Haruslah ada salah silap. Sebagai manusia kita mudah lupa. Sebab tu la kena penuhkan dada dengan ilmu agama. Supaya terjaga sikit tingkah laku. Jika dah tersedar, cepat2 beristighfar, mohon keampunan dari-Nya dan cover balik apa yang patut. Bukan salahkan sana sini. Dalam erti kata lain, belajar dari kesilapan.Ye tak?
Note : Saya jua masih mencuba tidak jadi begini. Practise makes perfect. Yeeha! Eh silap, Amin!
Jika doa kita tak dikabul..hmm...mcm salah aje ayat tu.. trust me, semua doa kita Allah kabulkan..cuma kadang2 Allah kabulkan dengan benda lain..yang mana hasilnya lebih better dari yang kita mintak. Agak2 paham tak? Mcm berbelit2 kan ayat?
Kadang2 saya sedih sangat mengenangkan, masih ada hamba Allah, yang mana bila kemahuan mereka tak dikabulkan Allah, terus bersangka buruk pada Allah. Lebih kurang mcm nie la. If doa ari nie, esok kena dapat. If not, terus buat benda yang bodoh. (Serupa dia fikir dia bagus sangat sampaikan Allah kena kabulkan doa dia on d spot)Ingatlah, wahai sahabat, it's the matter of time. When the time is right, your wish will come true. Again, allah maha mendengar dan penyayang.
Based on my experiences, masa saya susah dulu..masa saya berhempas pulas dengan life saya dulu, bayak jugak la saya berdoa. The main doa yang slalu saya mintak is, bagi saya tenang dan bahagia dunia akhirat. Tapi baru sekarang Allah kabulkan...berganda2 pulak tu..maksud saya at the moment saya tenang dan bahagia di dunia..tapi di akhirat tak tahu lagi..harap2 tenang dan bahagia jugak..AMIN..
You see...masa saya masih lagi bergelar isteri orang, i buat wat ever it takes untuk selamatkan my marriage..mmg dari dulu aim saya nak kawin sekali aje..nak jadi macam parents saya..hingga ke akhir hayat..berbuih saya doakan saya bahagia dan tenang dengan suami saya..tapi, makin teruk keadaan kami..macam2 drama (tak berani saya nak flash back..sumpah ngeri!). Pejam celik pejam celik, setelah 2 tahun, ternyata Allah kabulkan doa saya..saya tenang dan bahagia at the moment.. tapi bukan dengan suami saya..Saya punya anak yang comel, sihat dan sempurna...saya di kelilingi oleh ahli keluarga yang appreciate saya dan juga di kelilingi oleh sahabat2 yang Alhamdulillah membawa kebaikan pada saya (jauh sekali yang merosakkan). Well, what I'm trying to say now is, win some loose some. But the win is BIG and WORTH IT.
I'm proud to be a Muslim. May Allah protect me, my child and my family. AMIN.
.:Kesah:.
Tapi saya amat2 lah kesah jika anda bersama dengan saya.
Anda amatlah tidak diperlukan. Buat menyemak aje.
Saturday, July 4, 2009
Saya
Saya, Aku, I,hamba, patik atau apa saja yang boleh menggambarkan diri ini. Bagaimana hendak mentafsirkan tentang zahir saya?
- Seorang anak kepada kedua ibubapa yang penyayang. Seorang anak yang lain dari adik beradik yang lain. Seorang anak yang istimewa mungkin. Tapi istimewa dari sudut yang lain. Well, can say that I’m the chosen one. Bertuahkah saya? Mungkin..
- Pernah menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Yang tak pernah jemu beri khidmat first class untuk si dia. Yang berkorban harta dan orang sekeliling yang disayangi semata-mata untuk melihat rumahtagga kami berjaya. Di mana sekarang ini telah menjadi bekas isteri si dia. Salah siapa? Saya? Dia? Atau kekasih-kekasih hati si dia? Saya pun tak tahu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
- Seorang ibu tunggal. Ya, saya seorang ibu kepada seorang bayi yang menjadi kekasih hati dan nur kasih di dalam hati saya buat masa ini. Saya harap hati saya ini tak akan di kongsi oleh sesiapa pun kecuali beliau. Saya sayang awak. Awaklah cahaya yang menyinari hidup ibu, yang dilindungi oleh Allah dan menjadi kelegaan hati dan ketenangan jiwa ibu. Do not change it for anything. Promise me.
- Seorang adik yang amat dibenci oleh kakaknya, dan juga kakak kepada dua orang adik yang mana mereka masih meletakkan saya pada probation period.
- Seorang hamba Allah yang hina dina dan tak layak untuk ke syurga-Nya tetapi takutkan azab api neraka.
- Insan yang masih tercari-cari diri sendiri, yang masih ada ruang-ruang kosong di jiwa. Hati yang hampir kelam dek dosa yang lalu.
- Bersusah payah untuk mendapat keredhaan-Nya
- Menagih simpati-Nya, kemaafan-Nya, keampunan-Nya dan amat berharap untuk bahagia dunia dan akhirat