Showing posts with label Saya suka. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

.:oH diEt:.

Today dah masuk hari yang ke-3 saya berjaya diet..AT last! Susah nak dapatkan feel tekad diet nih...Harap feel nie berpanjangan sampai saya dapat berat yang ideal..(another 5kgs to go!)

Things I do
  • Saya minum susu or milo sekerap yang mungkin untuk mengisi perut saya yang kosong nie..Oleh kerana saya masih menyusu baby saya, lantas saya akan lebihkan minum susu anmum dari milo..hehe
  • For breakfast, saya akan makan roti + telur mata, letak sos sikit..(pukul 11am masih consider breakfastkan)
  • Lunch saya akan pulon makan sayor2an or buah2an..+ minum susu juga
  • Tea time pulak saya akan makan roti dan planta + gula sikit aje..
  • Kalau lapar jugak, in between the meal, saya makan la lauk sikit2..lauk aje yer..

Things I don't do

  • Tak makan nasik
  • Tak makan dalam jumlah yang banyak
  • Limitkan masa ke dapor..huuhuhu

Note : 2years back I've tried this kinda diet (should i say a crash diet?)..amat berkesan..saya tak makan nasik, just gantikan dengan milo dan roti or bihun ke, selama 1 1/2 months and guess how many kgs I've lost?13kgs man! I hope my metabolism still in a good condition...dengar kata makin tua metabolisma makin sloww (saya dah tua ka?)

Sunday, September 20, 2009

.:Selamat Hari Raye:.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua family, sanak saudara serta sahabat2 saya yang tercinta!

Saya sungguh Happy sebab :
  • Saya beraya sebagai seorg ibu dan juga a free woman 'with a cert'
  • Dapat beraya lengkap satu family setelah 2tahun tak beraya bersama
  • Saya dapati kakak saya telah mula menegur sapa saya..harap makin better lepas ini..Alhamdulillah
  • Saya dapat duit raya jugak disebabkan tahun ini saya menjadi penganggur yang tegar dan juga suri rumahtangga yang terhormat
  • Ramai jugak sanak saudara menghulurkan duit raya kepada saya dengan sampul yang tebal jugak isinya, padahal bukan untuk saya pun, tapi untuk baby saya..saya amik feel aje
  • After raya dapatlah saya bukak account baby saya untuk masa depan beliau..

Nota kecil : Hasil dari perasaan happy saya yang membuak2 sepanjang perayaan ini, saya telah gained 3kgs..padan muka saya

Sunday, September 13, 2009

.:Tribute to my BFF - Part III:.

~E'a Hot~

Nota kecik : Pixie nie time kita melantak tak ingat dunia kat Chillies, Midvalley

  • E'a...hang la member setia aku time keja kat Dell..

  • Kita slalu makan sesama...p solat sesama (walaupun kadang2 sayuuuppp sgt time kita trun p surau)..huhu

  • Kita slalu spend time sesama time opish hours...kalau 8jam kat opish, kiranya aku akn spend time 6jam ngan hang(nampak sgt aku suka curi tulang)

  • Ingat tak..cube hang tu dah mcm pusat kaunseling..tetiap ari adaaaa ja org mai mintak khidmat nasehat dari hang..huhuhu

  • E'a...org yg amat lemah lembut..kalau tgh marah musti pipi merah2..blushing lah konon!

  • E'a..orgnya gila2..tak larat nk gelak time ngan hang

  • Ingat tak yang kita slalu wat muhasabah diri everyday without fail..everyday tuh!Kalau aku salah hang tegur..Kalau hang salah aku tegur..we shared alot especially ttg agama

  • Fav meal kita slalu sama..ingat tak kita suka makan nasik ayam kampung kat putrajaya?hang tirooo aku!!huahua

  • Ingat tak yang aku slalu kacau hang kalau aku ada masalah ngan lappy aku..Hang kan ker expert bukak2 lappy org nie..huhu

  • Hang adalah pendengar yang setia...kadang2 aku tak kasi peluang pun untuk hang bercerita..asek2 aku jaaa yang cakap..kalau aku dah mula bukak cita,alamatnya minggu depan baru hang leh cita..cian hang..huhu..

  • When you are around aku terasa mcm budak baek..huhuhuhu...

  • Hang slalu buat lawak spontan yang aku pun tak terpikir...hang gila!

E'a, aku sayang hang..hang selalu bersama dengan aku susah dan senang..Hang tak kesah berkawan dengan aku yang serba kekurangan nie.Harap persahabatan kita berkekalan dunia dan akhirat..U r the best! Aku doakan hang cepat dapat anak supaya anak aku ada kawan..huhu..saaayaaang hang!

Friday, September 11, 2009

.:Tribute to my BFF-Part I:.

~Fadh Chomel~

Nota kecil : Pixie gedix di atas gara2 kita terlalu seronok sbb baru pas check nama kat pejabat pentadbiran yang kita boleh grad!

  • Weh, hang ingat tak,time 1st year, kita kat 'Komat', bilik sebelah2..aku slalu lepak bilik hang..borak2..gelak2..kuk..kik..kuk..kik...

  • Hang ingat tak..time 1st year jugak..kita lah rakan ronggeng ke The Mines..kita slalu masuk extra..then masuk Watson..padahaltak beli apa pun..tujuan utama adalah untuk tonyoh makeup,eye shadow,lipstick tester kat ctu..huhu

  • Ingat lagi tak, time kita gila chat kat MiRC..kita wat blind date..hang jadi tiang lampu aku..aku jadi tiang lampu hang..setiap setengah jam kita jumpa org yang berlainan..huahuaua

  • Ha..ingat lagi tak, time kita dok kat flat ikan, ada abang kat bawah tu, juai chicken wing..mengemboq2 bau naik ke atas..kita sama2 lapaq..lantas terus mengorak langkah turun dari tingkat 3 semata2 nak p beli chicken wing tu? sedaaaap kan..

  • Ingat g tak...muka kita dua la yang dok jadi rakan memasak kat dapoq..dok keletang..keletung kat dapoq..masak itu masak ini..yang slalu kita masak is meggi goreng mamak style..

  • Weh..ingat dak..kita slalu makan kat kedai bawah flat ikan...kita sllau order nasik puteh..ayam masak pedas ataupun bihun goreng hitam...huhu..(and we're a bit loud too..)

  • Ingat lagi tak..time 1st time aku nak p berbuka posa kat umh sepoi a.k.a bakal mak mentua kat Sepang..kita dua happend to be tak leh nak poca..then dua2 ekoq dok makan sepanjang perjalanan..Then bila sampai umh sepoi..dua2 eloq wat muka mcm lapaq seharian poca..then time mak dia suh kita semayang, dua2 ekoq blur..then kita dok lama sket dalam bilik konon2 semayang la..tup2 mak dia pecah rohsia kat sepoi and sepoi mai bilik and tegur "kalau tak leh puasa naper tak cakap.."...Fuhh...maloooOoOooOo!

Time dah Keja

  • Ingat dak weh..time tu aku dah start keja..hang maseh lagi study..aku turun KL...aku p blanja hang makan secret recipe kat Alamanda..Aku makan kek chocolate cips kots..wajah cake tu sebijik mcm wajah aku...hang ingat dak..hehhe
  • Hang ingat dak..time aku turun KLnak p interview stewardess tuk emerates(sindrom yakin boleh~tak sedar diri toi aku nie), time tu hang dah keja kat damansara..Aku lepak umh hang..malam tu hang bawak aku p shoping baju nak pakai p interview kat 1U then tengah malam belanja aku makan kat Old town cafe..Hang kena belanja aku sbb gaji aku tak masuk lagi time tuh..Rabak gak la hang time tu..huuhuhu
  • Hang ingat dak..time last year somewhere in May..Time tu aku jobless konon2 pak si dia nak bagi keja kat aku kat Klang..Padahal habok pun tadak!huh!(tetiba ter emo pulak)..Aku merempatkan diri aku kat umh hang for a month..Aku tadak dwet seketoi pon..walaupun time tu hang sebok keja shift..tapi hang tolong topupkan hp aku..blanja aku makan sup ekor..time aku demam hang bawak aku p klinik yang fee nya sunggoh mahal..hang belikan bubur nasik cap McD kat aku..blanja aku makan nasik ayam claypot kat 1U..Beli barang dapur so that I can cook at your house..Sikit pun aku tak nampak muka hang menyampah dengan aku...
  • Masihkah kau ingat..hang bawak aku dari Damansara ke Sebuah Agency pekerjaan kat KL(jauh tuh dari Damansara)..hang yang bersusah payah bawak aku cari keja..dwet minyak toksah cakap la..suma ditanggung halal oleh hang..Again, muka hang tak nampak pun mcm menyampah dengan aku..yang aku nampak ikhlas je
  • Ingat dak..time aku dapat tawaran keja...sehari sebelum 1st day aku kat tempat keja tu, hang datang jupe aku..hang isikan minyak keta aku full..so that aku leh ulang alik p keja from my uncle's house..then bagi dwet poket lagi kat aku..so that aku makan cukup...time tu betapa susahnya aku..dwet tadak pun dalam poket..hang amat memahami aku..aku sayang hang...
  • Hang ingat dak, time bulan pose tahun lepas, kita p makan buffet kat Mines Hotel..Kita p makan sampai nak meletop perot..Bila habis makan time bejalan nak ke car park..dua2 ekoq nak termuntah sb terok sangat makan tadi..huahuahua
  • Hang ingat dak..kita tour satu Seremban untuk cari kedai makan yang best...kita p makan satey kajang yang sunggoh best..Then aku plak order ayam halia letak cili padi banyak2..then bila balik umh, sampai keesokkan harinya aku cirit birit..(bongok kan aku nie..dah tau dok kat area N9 yang terkenal dengan masakan pedasnya, lagi mau order extra extra xtra pedas..huhu)
  • Hang ingat dak setiap kali aku jupe hang, aku akan paksa hang pegang perut aku sb nak bagi hang rasa anak aku bergerak..Hang pun terpaksa la melayan and terpaksa mengaku yang hang pun rasa anak aku dok tendang perut aku..padahal time tu I bet hang tak rasa pun..saja ja nak amek hati aku..huhu
  • Hang ingat dak g...hang sanggup korbankan masa bercuti hang untuk mai Kedah semata2 nak jadi saksi kes aku kat mahkamah syariah...siap tanak amek dwet minyak+tol lagi...siap cakap hang buat ikhlas..padahal aku tau time tu musti dwet hang banyak burn sbb hang dah tour merata dah time tu...

Well...Kalau nak cerita ttg kebaikan hang kat cni, takkan cukup la weh..Baaayaaaaakkkk lagi sepanjang perkenalan kita selama 9-10years nie..Time aku nyawa2 ikan , dok tenggelam timboi dengan masalah aku..hang tak pernah jemu mendengar and bagi nasihat...Yang pastinya, aku sayang sangat2 dengan hang..Aku tak pernah jumpa org yang sungguh berjiwa bersih dan baek macam hang..Eventho akud alam kesusahan yang amat sangat, hang masih lagi setia menolong aku tanpa jemu..Aku tak tau mcm mana nak balas balik jasa hang..

Aku mintak maaf if until now hang dok terasa hati dengan aku ka apa ka..Jangan pikir aku ignore hang oke..Become a fulltime mama memang kelam kabut..sbb I'm still new with this changes..Tak pandai nak bahagikan masa lagi..aku akan cuba untuk improve ASAP so that I won't lose you and our wonderfull friendship...

I love you, my dear best friend!!!!

Note : Kalau ada lagi kenangan2 kita yang aku teringat, aku akan story lagi kat cni di next post..

Wednesday, September 9, 2009

Ayat Qursi sungguh istimewa

"Sesiapa yang membaca ayat qursi setiap kali selepas habis solat fardhu, dia pasti akan masuk syurga"

  • Ayat Qursi merupakan penghulu Al-Quran
  • Ayat Qursi merupakan ayat yang paling Allah suka

Note : Again, I got this information while watching Astro Oasis.

Sunday, August 23, 2009

.:Moh kite Taubat:.

"Seseorang yang telah bertaubat dan meninggalkan perbuatan mereka yang 'lagha' yang terdahulu, nescaya Allah menerima taubatnya itu.."

Ayat di atas saya dengar semasa menonton rancangan usrah di astro oasis..Renung2kan lah..

Saya pernah dengar, jika kita berubah ke arah kebaikan..Serta maintain selama 3 bulan, insyallah, perangai baek itu lah yang akan kekal sampai bila2..Tapi ingatlah, kena selalu berdoa dan meminta kepada Allah supaya dilindungi serta dijauhkan dari sebarang benda / orang yang berkemungkinan menyebabkan kita patah balik pada zaman jahiliah / kemunduran / kesesatan kita yang terdahulu..Sebagai contohlah kan..Jika sebelum nie, kita suka cukur kening, dan dasar2 perbuatan cukur kening nie diharamkan oleh Allah kecuali jika perlu...jika kita dah berubah, so tak yah lah nak cukur kening..Jangan sikit pun menghapiri perbuatan kita yang lampau, yang sememangnya tak baek. Jika kita buat jugak, sama la mcm kita tak berubah kan..kan..Kiranya sia2lah usaha kita kan..kan..(mcm melalut aje contoh yang saya bagi nie..huhu)

Ingatlah, dunia adalah sementara..akhirat adalah kekal..apa lah yang ada kat dunia nie yang sampai kita sanggup 'menganiaya' diri kita sendiri? Maksud saya menganiaya is, some sort like kita menjadi 'senjata' syaitan lantas menempah diri kita ke neraka..Dan sila tanamkan dalam fikiran kita, gara2 perbuatan kita yang tak baek tu, bukan kita sorang aje tau masuk dalam neraka, malah, org2 yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung pun turut terheret sekali..Konon istilah kubur masing2 tu tak boleh diguna pakai daaaa..

Even everyday kita solat pun tak tentu Allah nak terima or not.. Inikan kalau kita dah imune buat menda2 yang dilarang...Lagilah ngeri nak fikir kat mana hala tujuan kita di akhirat nanti..Cuba bayangkan, neraka forever..eeee..ngeri2...satu hari pun dah bersamaan dengan beribu tahun dah..inikan forever..

Kita bersolat serta buat benda2 yang disuruh oleh Allah mestilah dibuat dengan ikhlas. Janganlah kita mengharapkan pahala yang Allah nak bagi kat kita. Dosa pahala tu semua hak Allah. Sapalah kita nak tentukan Allah bagi pahala or not kat kita kan..Jika kita asyik cocentrate nak pahala, lebih kurang macam tak ikhlas lah..Kita buat benda2 yang disuruh Allah adalah disebabkan oleh Allah yang suruh..Jika kita berfikir macam tu, secara tak langsung kita ikhlas dan insyallah syurga lah tempat kita..Amin..

Sahabat2 saya..sesungguhnya saya jua maseh dalam proses 'healing'..Nak buang yang keruh dan ambil yang jernih..Saya harap kita semua menuju ke arah yang satu nie, yakni bahagia dunia akhirat..Jika kita buat benda yang tak elok, bayangkanlah, dunia kita tak bahagia, akhirat lagilah! So, apakah maknanya kita hidup di bumi Allah nie kan..

Saya doakan kita semua menuju ke arah yang satu nie..Saya harap kita semua berjaya dunia akhirat..Saya harap Allah lindungi kita serta bimbing kita ke jalan yang benar..Amin!~

.:Selamat berpuasa:.

Alhamdulillah..Allah beri kesempatan kepada saya untuk menempuh puasa lagi pada tahun ini..Harap tahun depan sempat lagi kalau umur panjang(AMIN!)..

2-3 hari before puasa, saya sungguh excited / girang / gediks nak puasa..Tahun ni menjadi lebih bermakna kerna, buat pertama kalinya saya berpuasa sebagai seorang ibu..Harap tahun nie saya boleh berpuasa penuh. Harap susu tak kering ler..Kalau tidak alamatnya baby saya kena puasa lah jugak..huhuuh

Apa2pun, selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Yang mengenali saya, mintak ampun dan maaf jika sebelum nie ada terasa hati dengan saya. Harap kali nie kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna..Ingatlah bahwa, bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita untuk membuat amal ibadat dan mencari keampunan seterusnya keredhaan dari Allah s.w.t. Mohon keampunan-Nya dan yang penting bertaubat. Dan juga berdoalah apapun yang dihajati kepada-Nya(yang baek sahaja yer)..Insyaallah Allah perkenankan..Amin

Peringatan : Jaga mulut..Jaga pemikiran..Jaga tingkah laku..Pikir yang baek2 sahaja..Jangan buruk sangka..

Wednesday, July 29, 2009

.:Durian gajah:.

Saya sememangnya hantu durian...Pernah sekali tu, bila saya menggila, saya hantam sebijik durian sorang2..yang bestnya saya tak terasa panas badan / pun..jauh sekali kalau nak terasa demam...sbb selalunya org kalau makan durian banyak mmg boleh demam..tgk...betapa hantu nya saya..

So, pada senja tadi..parents saya telah mengorak langkah ke gerai durian apek di kawasan saya nie dan menyebabkan saya tersenyum girang dek tak sabar nak hantam / telan durian berkenaan.. Niat di hati nak la habiskan sebijik durian berkenaan..Tapi niat saya tergendala disebabkan oleh setiap ulas durian tersebut sunggoh gajah..Sila tonton gambar di bawah..

Agak2 saya demam tak kalau saya hantam telan satu bijik durian nie? Dalam satu bijik ada empat ulas yang gemoq2 mcm nie...Anda rasa2?

.:Sejak kebelakangan ini saya selalu stim:.

hauhuahuahuaua..

Topik mcm tak boley blah kan..hehe

Ya, saya akui, sejak kebelakangan ini, setelah saya habis berpantang, saya selalu stim..Stim yang saya maksudkan adalah steam bath or mandi wap or sauna..hehe..Kebetulan di rumah saya ada 'seketul' sauna bag milik parents saya..lagilah senang untuk saya bermaharajalela untuk berstim..hehe

Nota : Sebelah kanan seperti periuk nasik tu adalah tempat nak boil air untuk disalurkan wap ke dalam beg sauna ini..

Dulu, zaman saya muda remaja lagi bujang tran tang tang, seminggu sekali saya slalu buat sauna di Damai Spa..Tapi spa tu dah tutup..tutup tiba2..saya sunggoh sedey..Anyways, antara banyak2 sauna, itulah tempat yang paling saya suka..buat sauna bukan dalam beg sauna tu. Tapi dalam bilik..bilik tu max boleh masuk is 2 org..pernah sekali aje saya buat dengan rakan saya, cik S..Tapi saya prefer buat sorang2...coz time tu la kita boleh lulur ka apa ka..and yang paling penting is tenagkan fikiran..

Sauna nie bagus untuk badan kita..Ia penting untuk pelancaran darah kita, mencantikkan kulit dan dengar kata, kalau buat sauna, sama mcm kita senaman. Tapi saya tak tahu lah pulak sejauh mana kebenarannya..Lebih2 lagi kalau ibu yang baru bersalin C-Sec (operate)..lagilah bagus..because sedia maklum tak boleh bertungku lagi, berurut pun certain part aje..so cmm mana peredaran darah nak jalan lancar..and confirm badan sakit2 kan...Tapi sebelum buat kena make sure luka operation dah oke la..Kasi can sampai 2 bulan setengah ke or 3 bulan ke..baru lah buat..

Sauna selalu org buat 15mins hingga 30mins. Max is 45mins. jangan lebih dari time tu..if not, lemak akan cair dan bercampur dengan darah dan kemungkinan boleh membawa maut (DANGER!DANGER!).. Sebelum, semasa dan selepas buat sauna diwajibkan minum air. Pasaipa tau...pasainya, semasa proses sauna nie, kita akan kehilangan banyak air..Ini untuk mengelakkan dehidration..Jangan cuba2 tak minum ayaq no..satgi pengsan sapa mau tulong? Satu g, sauna tak boleh buat tetiap hari..seminggu sekali sudah memadai..Info nie suma saya pelajari semasa saya bekerja di Damai Spa tu lah..Mcm heaven aja time keja kat ctu..Tapis ayang sangat sb dah tutup..mana nak jumpa sauna sebilik2 mcm tu kat kawasan saya nie..kalau ada sila inform kat saya cepat2 ya!

Peringatan : Pada yang kali pertama untuk membuat sauna or yang dah lama tak buat sauna, kemungkinan anda akan demam. Tapi jika makin kerap badan dah boleh adapt. It's normal kalau kita demam. Sebab tu nak kena minum banyak ayaq, oke..

.:Pump..Pump...Pump...:.

Saya berkecimpung dalam bidang pump susu nie since baby saya berusia 1 minggu. Beliau taknak minum direct..Oleh yang demikian saya kena lah pump susu..Mula2 dengan manual pump..pump punya pump tak keluar sikit pun susu..mcm tak berapa grip and tak kuat..then abah saya belikan mini pump manual yang dibeli dari farmasi..mula2 mcm ok..tapi kejap aje..sama gak ngan pump yang tadi..Sila rujuk gambarajah di bawah ini =)

My very first pump

My Second pump

Some say, maybe i wrongly use the pump..So, Saya bertanya dan membaca sana dan sini .. banyak jugak la feedback / info yang saya dapat..But there is one breast pump that really caught my eyes..And it was .....

MEDELA Mini Electric Pump..

Tadaaa...

Medela Mini Electric breast pump

My Love...

Note : Actually, it comes together with 1 bottle..I've added another extra 3 bottles for me to store the EBM .
So far, saya amat amat amat berpuas hati dengan pump Medela..Selain saya boleh express, ia juga membantu untuk body produce more BM disebabkan gaya sedutan sama mcm baby sedut..So far, I did enjoy everytime using this breast pump..Tak saket, tak tertekan, amat smooth gitu..Understand what i'm trying to say?Oleh yang demikian, 'kilang susu' akan 'berjalan' seperti biasa. You see, jika sang ibu tak bagi baby breastfeed or tak pump, sedikit semi sedikit body akan stop produce susu(this was the reason why my EBM kering last 2 weeks and I have to make sure to follow the pump schedule without fail >> Sila baca dengan satu nafas.tq..) I am recomending this breast pump to all mummies!

Note : Do you know, Medela breast pump is the no.1 choice and has been used in Hospitals across the UK and recommended by lactation consultants and midwives all over the world. CREDITS for MEDELA!

-EBM-express breast milk, BM - breast milk-

Tuesday, July 28, 2009

.:Thumbs up for AG2000's product:.

Sejak kecil lagi saya nie suka sangat barang2 makeup nie. Pantang nampak terus pakai (contiang muka).. Kesian makeup mak selalu jadi mangsa..hehe..

Mungkin kulit muka saya terlalu terdedah pada bahan chemical terlalu awal, kulit muka saya jadi teramatlah sensitive. Pantang naik jerawat, walaupun tak diusik, confirm lekat parut..Then tak hilang pulak tu...

Bermacam2 dah product saya cuba..Dari yang mahal ya rabbi, sehinggalah yang murah tepi jalan..semua tak jalan..Setakat tutup aje noda2 kat muka nie..bila cuci muka, mcm hantu daaa..

Jadi, baru2 ni, adek saya ada bercerita ttg rakan beliau yang mencuba product yang berasaskan gamat / healin nie. Adek saya cakap, dulu, kulit muka rakan beliau berjerawat teruk..Tapi setelah 1 sem beliau guna product ni, kulit muka beliau jadi halus mulus.

Jadi, saya yang mmg sejak azali lagi mmg mencari product yang sesuai dengan kulit muka saya yang xtra sensitif nie, terus cari la product nie..Product nie namanya AG2000.. Sila rujuk di bawah apa yang saya borong..

Nota : Pic tak jelas sangat..almaklumlah..ambil gambar guna hp..heheh

Facial Cleansing Foam

- After Cuci muka guna cleanser nie, muka terasa amat lembut dan bersih..Guna sikit aje dah cukup..Bau pun best..

Vita Skin Complex

-Yang nie saya kena pakai time malam

Penerangan product seperti di bawah

A revolutionary formula that gives natural glow to your skin. Specially formulated for restoring skin's elasticity and for better complexion. Containing a unique blend of vitamin A complex for removing or reducing dead cells, fine lines and wrinkles on skin surface, while triggering the formation of a more firm, softer and radiant skin.

Moisturizing and Firming Serum

- Yang nie pulak nak kena pakai time siang.Penerangan adalah seperti di bawah.

Contains biotechnological ingredients that promotes firming effects & effectively moisturize your skin to prevent dryness & premature wrinkles. The marine extract, soluble collagen, plant serum & epidermal growth factor help to firm & regenerate your skin naturally. it also contains an optimal amount of hyaluronic acid & aloe Vera to restore your skin normal moisture. Direction for use: Apply liberally over face and neck at least half an hour before bedtime, or when necessary

Total harga barang2 yang saya beli nie was almost rm200..But IT's WORTH IT! At last, saya jumpe jugak product yang seriously amat2lah sesuai dengan kulit saya.

Kalau dulu muka saya berparut, berminyak, berjerawat...Sekarang tidak lagi...jerawat dah tak der, parut lama dah tak der, liang roma makin mengecil, muka licin dan yang pastinya, saya dah berani keluar rumah tanpa pakai makeup hatta bedak sekali pun...Saya tak sangka dengan penggunaan tak sampai 2 bulan dah nampak hasil yang mendadak..Ramai gak yang tegur kulit saya makin cantik ..kononnya lah..tq2..bagus2 Alhamdulillah

Nota : Product nie boleh bertahan lebih kurang 5-6bulan..Itu pun kalau berjimat la..

Apa2pun, saya telah jatuh chenta dengan product AG2000!

.:Online Shoping:.

Baru2 nie saya telah berkecimpung dalam dunia online shoping. Ralit tetiap hari dok surf tenet and pening pala dok fikir, apalah barang yang saya nak beli nie (saja suka nak habis / bazirkan duit)..huuhu..

So, kebetulan baby oil untuk massage baby saya dah habis. Oleh yang demikian, saya tanpa berlengah lagi surf la tenet untuk beli produk yang bernama Tropical Herbs. Dengar kata dari sepupu saya, tak boleh beli baby oil tu semata2 because the baby oil comes with a set..Saya sedikit tak puas hati la..Jadi saya surf..surf..surf..tgk2 ada lar...boleh aje beli baby oil tu jer..Harganya rm22.5.

My opinion la ttg baby oil nie..SO far, anak saya belum lagi ada masalah colic. Minyak nie mmg bagus..and saya dah dapat banyak feedback pun..Hari tu masa minyak tu habis, saya try la guna minyak len..Tapi feel nya tak sama la..

Jadi, baby oil nie la merupakan barang pertama yang aku beli online. Time dok tunggu postmen mai tu, punya lah excited. huahuahua

2nd Item

So, sedia maklum lah, bila dah beli sekali, nak lagi kan..So, my 2nd item was Milk Maid Tea. Tapi saya beli trial pack aje which cost rm11 for 4 tea pack only. So this is the tea yang saya kata2kan tu..untuk meningkatkan penghasilan susu..Believe it or not, semalam saya minum, about 3am, my breast dah engorged. Magic kan? I'm thinking of buying the full set la..weehooo!

I recomend this product to all mums out there!

Monday, July 27, 2009

.:Susu ..oh...susu:.

Sekarang anak saya telah menjangkau 3 bulan dan Alhamdulillah beliau masih lagi minum susu ibu yakni susu saya lar...tapi minum pakai botoi a.k.a pump la...sb beliau tanak minum direct. Nie gara2 lahir ikut 'tingkap' la nie..susu lambat ada..dah seminggu baru susu ada..So, dari lahir beliau dah kena botoi susu..so takmo dah la yang original..Alhamdulillah, saya murah susu..Allah meringankan beban saya yang pada tika ini masih menganggur (susah woo nak dapat keja)..
Note : Allah duga yang ini, tapi bagi rezeki yang di sana..Allah itu adilkan..

Nota : Setakat pukul 9am, sudah ada sebanyak ini..

Oleh kerana saya kesian kerana parents saya terpaksa menanggung expenses saya every month yakni kereta dan lain2, jadi saya cuba lah nak wat biz...biz jual baju on9..ada satu hari nie, saya begitu asyik dok snap pic dan prepare blog shoping saya nie sehinggakan mengabaikan time saya pump susu.. Nak dijadikan cerita, esok tu, susu kering terus (diulangi...kering terus!)...saya pump..pump..pump...nak dapat 2oz sampaikan berjam2..padahal sebelum nie dalam 1/2 jam, saya leh dapat 2 botoi yakni 10-12oz..

Saya amat2 sedih, kecewa, buntu, stress (tunggu nak meroyan aje nie)...Saya terasa, sebagai seorg ibu sepenuh masa, saya gagal...saya takdak duit hatta harta untuk anak saya...hanya susu aje la yang saya boleh bagi..itu pun tak boley??amat2 kecewa..anda paham tak perasaan saya bagaimana..mak saya sedar dengan keadaan saya yang tertekan tu..mak saya ada cakap "dah la..nak buat mcm mana..u can't expect susu nak berderet"..pas dengaq tu..lantas saya membawa diri masuk dalam bilek dan menangeh..uwaaaaa...cuba bayangkan...semalam susu berderet (harap maklum...12botoi ya)..and hari nie terus tadak...saya amat kecewa!

Bila saya pikir2 balik, seminggu saya kurang minum air dan tak minum susu anmum langsung..itu salah satu reason jugak tu..lantas, saya pun minum lah air 3-4jug dan juga minum susu anmum 3-4gelas...mengharapkan keesokan pagi breast saya akan engorge la..tapi hampa, esok pagi masih sama..saya amat2 sedey..

Lantas, tanpa membuang masa, saya terus surf tenet, tanya sana sini mcm mana nak banyakkan susu ibu..banyak la feedback yang saya dapat. Sila rujuk di bawah

  • Makan kucai

  • minum susu anmum dan minum banyak air

  • Makan lobak putih

  • Jangan stress and be positive..kena betul2 psiko otak yang nak susukan baby

  • Pump sekerap yang boleh supaya 'kilang susu' berjalan balik / produce susu semula

  • Pump midnite sbb time tu hormon ( apa entah )tinggi dan boleh membantu pengeluaran susu

  • Minum Herba Milktea --> this is new one..fyi, saya dah beli product nie on9

  • Minum air rendaman halba
  • Yang paling utama, berdoa dan meminta kepada Allah..Hanya dia yang boleh tolong untuk susu banyak

Hasilnya..

Setelah lebih kurang seminggu saya berhempas pulas ..ermm..pump saya berhempas pulas, semakin hari semakin banyak susu..mula2 boleh dapat 3oz sekali pump..kemudia boleh dapat 5oz..dan kemudian boleh rasa breast engorge..and today, saya baru dapat parcel herbal milktea and saya baru start minum hari ni..nanti saya update apa outcome nya .

Note : Sepanjang seminggu ni, walaupun abah saya dah beli susu tin untuk standby kot2 susu masih takder, tapi saya tak putus asa..saya pastikan ada jugak susu..setiap sejam saya akan pump susu..sikit pun sikit la..sakit breast pun sakit la..janji anak saya dapat susu saya..niat saya is, kalau anak saya bulat, dia bulat sbb susu saya..kalau anak saya cerdik, beliau cerdik sbb susu saya..

Note lagi : Saya syaki, salah satu sb lagi kenapa susu saya kering adalah, mungkin sebelum nie, saya ada sikit perasaan bangga bila bercerita kepada kawan2 atau ahli keluarga tentang anak saya dapat 100% susu saya dan susu saya banyak sehinggakan saya terpaksa melabel setiap botol susu supaya saya tau yang mana susu yang tak elok dah(susu yang terlebih tempoh 48jam)..This is a warning from Allah..In the future, saya kena lebih berhati2..kerana mulut badan binasa (leh guna ke istilah ni untuk kejadian yang menimpa saya nie?).

Sunday, July 26, 2009

.:Masih ada ruang:.

Setiap manusia, when it comes to one stage, automatically kita akan berubah menjadi better than yesterday. Dalam erti kata lain, kita akan menghampiri segala amalan baek ke arah akhirat. Well, setiap manusia tak pernah lari dari buat dosa. Jadi, manusia yang telah bertaubat dan berubah, hendaklah mendekati sahabat / org yang tak membawanya patah balik tingkah laku gelap yang terdahulu atau dengan erti kata lain, pada kehancuran..

You see, bila people made mistakes, diaorg pulau / tamau kawan...Well, maybe because of terlalu kecewa dengan tingkah laku sang pesalah nie.. Tapi saya amat pelik dengan sekelompok manusia nie..bila sang pesalah nie dah berubah, diaorg bertambah2 pulau lagi..Siap ajak geng lain join untuk pulau sang pesalah yang dah insap nie..

Kita nie makhluk Allah yang hina. Setiap apa yang telah terjadi dah tersusun dan teratur dalam kitab-Nya..Jika Allah tak izinkan untuk beliau berubah, takkan berubah lah dia..Begitulah sebaliknya..Jika org sekeliling amat marahkan dengan tindakan beliau dan dengan cara memulau adalah jalan penyelesaian bila beliau dah insaf, ini seperti marahkan tuhan juga. Some sort tak boleh terima kenyataan dan reject terus dengan apa yang Allah dah tentukan..

Ingatlah wahai sahabat..perkara itu mungkin boleh terjadi kepada kita juga..Kita sepatutnya simpati kepada sang pesalah kerana telah 'dipilih' oleh Allah untuk menjadi contoh yang tak baik. Mungkin kita next? Who knows? Jangan lah mendabik dada / yakin bahawa perkara yang sama tak akan terjadi kepada diri kita..Sepatutnya kita kena berdoa agar dia diberi Nur dan berubah secepat mungkin supaya tak ramai lagi org sekeliling yang hurt dengan tindakan beliau..Next is berdoa agar Allah memilih kita untuk menjadi contoh yang baik kepada org sekeliling..Do you realise, dengan tindakan negative anda ini, telah menjadikan anda lebih teruk dari sang pesalah tersebut?

Siapalah kita untuk menghukum org. Kuasa hukum menghukum nie hanya untuk Allah aje..Tanamkan dalam hati..mungkin benda ini akan terjadi kepada kita sendiri..Waspadalah..What goes around comes around...

Dengan memulau a.k.a boikot dia dan juga org2 yang bersama dengan si dia bukanlah satu tindakan yang bijak..Mungkinkah org sekeliling ketawakan tindakan anda yang anda sangkakan mendapat sokongan mereka?Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Nota kepada bekas pesalah yang dah insap :
Hei awak..bersyukurlah kerana Allah sudah memberi Nur dan Hidayah..Bersyukurlah kerana anda tak sesat terlalu jauh..Bersyukurlah kerana masih ada lagi insan yang sudi menerima anda...Awak kena maintain kelakuan awak dan mendekatkan diri kepada Allah..Jangan putus berdoa kepada Allah supaya tetapkan iman dan pelihara awak dari benda yang bukan2..Jangan sesekali patah balik untuk buat apa saja yang negative / dilarang Allah yang pernah awak buat pada masa lalu. Jika anda masih buat, berhentilah kerana ia amat merugikan..Serupa mcm awak masih begitu..Buat kebaikan kepada semua org..Extra nice to those yang awak pernah lukakan hati mereka..Be positive always..Jaga pertuturan..Senyap lebih baik dari banyak cakap..kemungkinan untuk tersalah cakap is very high tau...Buang yang keruh ambil yang jernih...dekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berzikit agar Syaitan tak menjadikan anda sebagai 'senjatanya'..

Jika awak berubah menjadi terbaik, Allah akan mendatangkan sahabat2 yang baik yang akan membimbing anda ke arah kebaikan..begitu jua lah sebaliknya..

TAUBAT...TAUBAT..TAUBAT NASUHA...

Harap awak berubah kearah kebaikan dan bahagia bersama keluarga dunia dan akhirat.Amin

Saturday, July 25, 2009

.:Blog itu terapi:.

Sahabat saya pernah cakap, "kau buatlah blog..kau boleh luahkan apa yang kau rasa dalam blog..baru boleh kurangkan stress"...Statement tu dibuat hampir setahun yang lalu..And now baru saya berkecimpung dalam dunia blog nie,..
But yeap2...i did agree with you dear sahabat (u know who you are,dear)..Blog is a therapy for me..a good one!

.:Hari itu dalam Sejarah Part II:.

Sepanjang saya disorong menuju ke operation theater terasa amatlah jauh (padahal kat tingkat atas dan naik lif aje). Terasa amat jauh dan lama sbb sakit makin kuat. Masuk aje dalam, as usual, ramai la doc dan jururawat lelaki..Kalau tak salah saya, perempuan ada dua org aje kot..lagi 4 org lelaki belaka..

Tanpa berlengah, doc ermm..ke jururawat eh..saya pun tatau. hantam saja lah...dia suntik epidural kat tulang belakang saya..jarum punya lah besaq...sakit nya..mak aii..Allah aje yang tau..Tapi kejap aje...dalam tak sampai seminit, semua sakit ilang terus..sakit contraction ke apa ke suma ilang...

Sebelum saya dipotong, sempat lagi saya cuba try test kaki saya masih boleh bergerak ke..Ye! saya masih boleh kodek2 kaki saya.. Maksudnya ubat bius belum 100% jalan lah...Owh NO..no..NOOoOoo..Tapi tanpa berlengah doc terus potong saya. Tapi saya masih lagi boleh kodek2 kaki..Ehehe...Masa doc potong, saya mmg boleh rasa...org toreh perut, koyak2 perut untuk bagi laluan besar sket..tergoyang2 badan saya..tak sakit tapi seriau la...Gila sejuk bilik tu..saya sampaikan terketar2...mulut shiver sampai tak boleh bertutur dengan betul..badan pun shiver gila..nurse letak udara panas kat saya pun masih sama..Time tu saya terpikir jugak, aku nie nak kena sawan dah ke..sbb, ibu mengandung, kalau berat badan naik melampau sangat, kemungkinan untuk sawan masa bersalin mmg amat tinggi. Dan kemungkinan boleh menyebabkan maut either mum or the baby. Time tu tak habis2 saya berdoa, supaya Allah selamatkan anak saya.. Saya banyak jugak dengar cerita, di saat akhir bayi lemas..Time tu tuhan saja yang tau betapa gabra dan takut dan risau kan condition anak saya.

Tetiba dalam 5 minit doc dok 'perosah' perut saya, Pada jam 8:28pm tetiba..... "UWEEEkKkkKkKkkkkkkKkkkkkk!". Alhamdulillah! Tapi kejap aje beliau uwekkkk..Sementara nurse cuci anak saya, sempat la doc dan saya berborak..

Conversationnya adalah seperti di bawah : -

Doctor : pernah buat scan tak sebelum nie?
Saya : Pernah...( Aku jawab dengan blur2...Time tu aku pikir, awat pulak dahhh...)
Doctor : Then doc cakap baby ape?..
Saya : baby gurl"..time saya jawab tu say aterpikir...sudahhh...kuar baby boi ke..sumar barang baby pink2 belaka!
Doctor : Tak per..jap lagi nurse datang bawak baby..

Then pas 5-10mins mcm tu, nurse bawak baby saya. Time tu Allah saja yang tau perasaan saya.. Amatlah teruja dan tak percaya..tu ke anak aku!. Time tu anak saya bukak mata luas..hitam aje mata dia..putih berseri aje kulit dia(PERHATIAN! Kulit saya hitam manis. Tapi time tu kulit saya berubah menjadi hitam ketak adanya..Pembawakkan budak lah katakan).
Dia tak menangis langsung..kening di kerutkan seperti nak cakap, eh...mana satu ibu aku nie..hehe.. Berat beliau tika tu 2.7kg aje..tak berat tak ringan..just nice kan baby ibu nie...Then lepas bonding process tu, terus nurse bawak anak saya keluar untuk di azankan abah..tenkiu abah!

Then saya hanya di release pukul 10:30pm disebabkan doc nak pantau dan pastikan keadaan saya stabil.

Apa2pun, saya dan anak saya selamat..Saya amat bersyukur..Allah mendengar dan perkenankan doa saya..Allah memilih saya untuk menjaga amanah-Nya..Alhamdulillah..

.:Hari itu dalam Sejarah:.

Saya suka nak flashback saat2 saya bergelar ibu. Suka sangat2 (syiok sendiri).

Saat2 saya sarat, badan saya mengembang mcm badak..Pembawakan budak saya pulak , kulit saya menjadi amat hitam dan tak cantik(cantik ke saya sebelum nie?- kes syiok sendiri lagi!), kaki saya membengkak a.k.a bengkak air mcm penyakit untut serta hidung saya turut mengembang serta membulat..(luckly takder strech mark..alhamdulillah). Everyday saya pujuk anak saya suruh cepat2 keluar.. Saya rindu nak tido terlentang, saya rindu nak bertimpuh (bersila kotttt) atas lantai, saya rindu nak lompat bintang (ke gedik2), saya rindu nak catwalk lagi (time tu bukan cat walk tapi kangkang walk), saya rindu nak pakai suar size 26 - 27 lagi..dan macam2 lagi lah..

Tika tu saya 39 minggu, tetiba time lepas solat subuh (kena solat atas kerusi mengenangkan kaki bengkak dan gemuks sangat) , turun tanda yakni darah..tak banyak pon..sikit aje..time tu saya terasa nak terlompat2 bintang dah..excited nak p spital (kan dah kata..saya sememangnya gediks a.k.a galak ulu). Pukul 8:30 am, saya dan abah dah sampai kat lobi dewan bersalin. Sambil tersenyum mcm kerang busuk, saya check in and nurse and doc yang ada kat ctu buat pemeriksaan (dalam erti kata lain seluk bawah - ngeri!) nak pastikan betul ke dah ada 'show'. Jalan baru bukak 1.5cm. CONFIRM kena bersalin hari tu. yeeha!

Time tu, takde langsung rasa panic...excited gila..happen to be hari tu yakni 15 April, ramai la pulak org bersalin. Sampaikan saya kena lepak kat sofa dalam wad bersalin sementara nak tunggu mana2 ibu bersalin checkout. Tapi saya tak kesah. Janji saya bersalin hari tu.

Time tunggu tuh, dalam pukul 10:30am, saya dah mula dah rasa contraction. Tapi masih boleh senyum lagi. Erm..rasa contraction mcm mana? Rasa mcm senggugut dari perut turun ke bawah..tatau la nak explain mcm mana!Arghhh..tertekan! (psiko tetiba pulak).

Time tu jugak, punya lah lapaq. Tak sempat nak breakfast. So, abah tiba dalam pukul 12:30pm(time melawat) bawak makanan. Dari jauh boleh nampak abah bawak seplastik makanan. Terharu time tu sbb abah betul2 cocentrate kat saya. Dapat aje makanan, terus makan(melahap a.k.a mentekedarah) tak toleh kiri kanan. Lauk is, ikan masak kicap berlada hitam..nyumm2

Lepas makan aja, nurse panggil coz nak check. Tup2 jalan dah bukak 4cm dah!Cepatkan (alhamdulillah). Terus depa cakap kena masuk dewan bersalin dah. Time nie tak ketaq lagi..siap call sana sini dengan nada excited inform yang dah nak masuk dewan bersalin...ermm.tak lupa jugak mintak ampun sana sini kot2 itulah hari terakhir untuk saya...

Time kena tolak naik kerusi roda, time tu tetiba aje ketaq..jadi seram sejuk..tak tentu arah(tau pun takowt, tadi eksyen sangat). Bila dah sampai kat bilik bersalin, ammah masih lagi dok cuci bilik tu. Sempat lagi saya mengintai..nampak tisu yang berdarah2...aramak! ngeri2!

Time nak pecahkan air ketuban tu pulak, adalah doc2 praktikal, believe it or not, 2 lelaki and sorang perempuan. And yang pecah kan air ketuban saya is doc lelaki tu..dan dua yang lain, mata bulat aje dok tgk rakan diaorg dok pecahkan air ketuban. Malu woOOoOooOo! Dah pecah air tu, rasa panas aje air tu..mesti heat badan baby. Time tu rasa mcm nak marah doc tu, baby saya nak bernafas mcm mana kalau air dah tadak..heheh..

Selang sejam, sakit makin kuat..tapi masih maintain senyum bila nurse datang check...masuk lagi sejam, amat2 lah tak boleh tahan.. Segala doa and zikir yang abah ajar pagi tadi dah lupa dah. Time tu dalam pukul 7:00pm. Sampaikan ada bidan yang datang cakap "Dik dah sakit kuat dah nie..kena sabar, sakit nak bersalin mmg dasyat..banyak2 berdoa kat Allah..sabar..be strong..kena tahan"..sambil tu dia usap perut saya dan sambil baca doa dan tiup. Oleh kerana diaorg tgk keadaan saya teruk sangat, diaorg bagi saya sedut wap apa tatau, sampaikan setiap kali saya sedut, saya akan high..tapi bila contraction sakit ugek! Tapi dalam tak tahan sakit tu, percayalah..saya tak jerit pun..mengerang pun bisik2 aje sbb mak saya dah pesan..jangan dok jerit2 mcm org gila..malu kat org..huhuhu

Time tu ramai sunggoh nurse2..termasuklah nurse pelatih..semua dok kerumun...tup2 ketua bidan tu cakap "nak buat mcm mana..kita dah cuba..."..Ya Allah..time tu, Allah saja yang tahu perasaan saya..saya terpikir..apa yang dah jadi ngan anak saya...!! Rupa2nya, carta jantung anak saya dah makin lemah..anak saya stress sbb long labour...dan saya tak boleh nak bersalin normal as diaorg nak kena selamatkan baby saya..jadi, dengan high / lali saya kena sign beberapa paperwork..

Then, diaorg surung saya and tunggu di meja daftar dewan bersalin untuk ambil more paperworks..Time tu abah ada kat dalam..mak pegi solat maghrib..abah dengan wajah sayu dan meleleh air mata, tanyakan keadaan saya..sakit ke..ok ke..and saya ingat lagi, abah tanya "kenapa nangis?". Padahal time tu beliau pun tengah menangis...saya sayang awak, abah...dan mak jugak...No one can compare both of you..

To be continued...

.:Doa:.

Well, seperti yang kita sedia maklum, setiap doa kita Allah mmg mendengar(as- Sami'). Kadang2 dikabulkan dan kadang2 tidak.

Jika dikabulkan, cepat2 kita kena bersyukur..bukan bangga dan riak mendabik dada. Biasalah, kita semua manusia bukan lah malaikat. Haruslah ada salah silap. Sebagai manusia kita mudah lupa. Sebab tu la kena penuhkan dada dengan ilmu agama. Supaya terjaga sikit tingkah laku. Jika dah tersedar, cepat2 beristighfar, mohon keampunan dari-Nya dan cover balik apa yang patut. Bukan salahkan sana sini. Dalam erti kata lain, belajar dari kesilapan.Ye tak?
Note : Saya jua masih mencuba tidak jadi begini. Practise makes perfect. Yeeha! Eh silap, Amin!

Jika doa kita tak dikabul..hmm...mcm salah aje ayat tu.. trust me, semua doa kita Allah kabulkan..cuma kadang2 Allah kabulkan dengan benda lain..yang mana hasilnya lebih better dari yang kita mintak. Agak2 paham tak? Mcm berbelit2 kan ayat?

Kadang2 saya sedih sangat mengenangkan, masih ada hamba Allah, yang mana bila kemahuan mereka tak dikabulkan Allah, terus bersangka buruk pada Allah. Lebih kurang mcm nie la. If doa ari nie, esok kena dapat. If not, terus buat benda yang bodoh. (Serupa dia fikir dia bagus sangat sampaikan Allah kena kabulkan doa dia on d spot)Ingatlah, wahai sahabat, it's the matter of time. When the time is right, your wish will come true. Again, allah maha mendengar dan penyayang.

Based on my experiences, masa saya susah dulu..masa saya berhempas pulas dengan life saya dulu, bayak jugak la saya berdoa. The main doa yang slalu saya mintak is, bagi saya tenang dan bahagia dunia akhirat. Tapi baru sekarang Allah kabulkan...berganda2 pulak tu..maksud saya at the moment saya tenang dan bahagia di dunia..tapi di akhirat tak tahu lagi..harap2 tenang dan bahagia jugak..AMIN..

You see...masa saya masih lagi bergelar isteri orang, i buat wat ever it takes untuk selamatkan my marriage..mmg dari dulu aim saya nak kawin sekali aje..nak jadi macam parents saya..hingga ke akhir hayat..berbuih saya doakan saya bahagia dan tenang dengan suami saya..tapi, makin teruk keadaan kami..macam2 drama (tak berani saya nak flash back..sumpah ngeri!). Pejam celik pejam celik, setelah 2 tahun, ternyata Allah kabulkan doa saya..saya tenang dan bahagia at the moment.. tapi bukan dengan suami saya..Saya punya anak yang comel, sihat dan sempurna...saya di kelilingi oleh ahli keluarga yang appreciate saya dan juga di kelilingi oleh sahabat2 yang Alhamdulillah membawa kebaikan pada saya (jauh sekali yang merosakkan). Well, what I'm trying to say now is, win some loose some. But the win is BIG and WORTH IT.

I'm proud to be a Muslim. May Allah protect me, my child and my family. AMIN.